Tempatan

Peniaga Bas Boleh Naikkan Tambang 10 Peratus Musim Raya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Peniaga bas dibenarkan untuk menaikkan tambang sebanyak 10 peratus pada musim raya ini bermula 19 hingga 30 April 2023, seperti yang diluluskan Kerajaan.

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA), Laili Ismail berkata, walaupun tiket bas tidak mengalami kenaikan harga, peniaga dibenarkan berbuat sedemikian bagi membantu operator bas yang bekerja pada musim raya.

Menurutnya, setakat ini, sempena sambutan Aidilfitri, sebanyak 220,000 tiket bas ekspres habis dijual bagi perjalanan pulang ke kampung halaman dari tempoh 17 hingga 21 April, manakala perjalanan pulang semula pada 24 hingga 26 April.

Ekoran sambutan tinggi daripada pengguna bas, pihaknya akan membuat penambahan bagi tiket dan bas.

“Terdapat 100 buah bas bakal disediakan bagi menambah jumlah 800 buah bas yang tersedia ada beroperasi untuk membawa penumpang,” kata Laili.

BACA JUGA: Dakwaan Sembelih Ayam Tidak Ikut Syarak, JAIPk Lakukan Siasatan

BACA JUGA: Sisa Makanan Bazar Ramadan Negeri Sembilan Meningkat 15%

BACA JUGA: Orang Melayu Hilang Semuanya Selepas Saya Letak Jawatan – Tun M

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Asfar Ali memaklumkan, terdapat permintaan tinggi daripada penumpang yang ingin menuju ke kawasan Pantai Timur berbanding selatan Semenanjung.

Tambah Asfar, orang ramai dinasihatkan membeli tiket lebih awal supaya pihak PMBOA dapat menganggarkan bilangan bas yang boleh disediakan.

Ujarnya, jika jumlah penumpang dapat dikenal pasti, pihaknya dapat membuat permohonan bas kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Sebab itu bagi penambahan bas juga, kita perlu membuat pemeriksaan terhadap bas yang akan digunakan, insuran dan pemandu yang cukup,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Asfar juga memberitahu jumlah pemandu bas pada musim perayaan ini masih lagi berkurangan dan pihak PMBOA akan berusaha mendapatkan pemandu bas tambahan sementara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: