Pengerusi Persatuan Konservatif Kongsi Meme Rasis Rishi Sunak Dalam Group Whatssap
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UNITED KINGDOM, 02 November 2022 – Pengerusi Pertubuhan Konservatif East Surrey, Andrew Baird telah didapati melakukan perbuatan bersifat perkauman dengan menghantar gambar-gambar yang dianggap sebagai menyinggung perasaan mengenai Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak.
Baird telah berkongsi gambar-gambar yang disunting sebagai meme itu kepada rakan-rakannya sebelum ini.
Setelah perbuatannya itu didedahkan, Baird telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan beliau sebagai pengerusi pertubuhan tersebut.
Seorang ahli pertubuhan konservatif tersebut telah membuat kenyataan mengesahkan bahawa Baird telah meletakkan jawatannya pada Jumaat lalu. Manakala nama Baird telah dipadamkan daripada laman web pertubuhan itu.
Baird juga tidak lagi disenaraikan sebagai salah seorang yang telah berkhidmat dalam memberi bantuan kepada pertubuhan tersebut.
Jurucakap pertubuhan tersebut telah membuat kenyataan bahawa mereka memahami bahawa meme tersebut telah dihantar ke kumpulan Whatsapp persendirian dan bukan pada Whatsapp rasmi Parti Konservatif. Namun hal itu telah menyebabkan mereka menerima aduan dan pihak mereka memandang serius perkara tersebut. Jurucakap tersebut turut menyatakan,
“Pertubuhan Konservatif East Surrey telah mengesahkan bahawa presiden pertubuhan tersebut telah menerima perletakan jawatan daripada pengerusi, Andrew Baird bermula dari 28 Oktober 2022. Pengerusi baharu akan dilantik tidak lama lagi berdasarkan peraturan yang terdapat di dalam perlembagaan parti konservatif itu.”