Pengarah & Pelakon ‘Mentega Terbang’ Terima Ugutan Bunuh, Polis Sedang Siasat
PETALING JAYA, 17 Mac 2023 – Polis sedang menyiasat ugutan bunuh yang dibuat terhadap pengarah serta pelakon sebuah filem tempatan, “Mentega Terbang” atas ugutan jenayah.
BACA JUGA: Kerajaan Mula Guna Getah Tempatan Untuk Turap Jalan
BACA JUGA: Pahang Tubuh Pasukan Pengendali Bot Amfibia Sealeg Wanita Pertama Di Malaysia
BACA JUGA: Tapak Warisan Dunia UNESCO Diceroboh Kerja Binaan Haram
Menurut Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, kes tersebut juga sedang disiasat kerana melakukan khianat selepas Pengarah filem tersebut, Khairi Anwar memberitahu bahawa beliau telah menerima ugutan bunuh berhubung filem yang diterbitkan yang dipercayai menyentuh perbezaan dan persamaan agama rasmi negara ini.
Antara mesej yang ditinggalkan di rumahnya di Selangor ialah “Anda dan keluarga anda mesti mati” dan “Adakah anda fikir keluarga anda selamat, Mentega Terbang?”.
Bukan itu sahaja, kereta Khairi turut disimbah cat hitam dan merah.
Malah, kereta pelakon dalam filem tersebut, Arjun Thanaraju juga turut disimbah cat merah dan asid.
Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa filem tersebut mempunyai pertentangan yang jelas dengan akidah serta cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.