Penduduk Bantah India Tambah 2.5 Juta Pengundi Pro Hindu Ke Jammu & Kashmir
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KASHMIR, 17 Oktober 2022 – Penduduk Jammu & Kashmir dilaporkan membantah dengan keras tindakan kerajaan India yang cuba membenarkan hampir 2.5 juta daftar pengundi baru digunakan untuk pilihan raya di kawasan tersebut dan jumlah itu merupakan satu pertiga dari jumlah daftar pengundi sedia ada.
Daftar pengundi baru itu memasukkan kira-kira 2.5 juta pengundi baru dari India yang pro Hindu. Tindakan ini dikecam kerana kerajaan India dilihat cuba mengubah demografi kawasan majoriti Islam tersebut.
Peraturan baru ini yang diperkenalkan pihak berkuasa pilihan raya India yang membenarkan mana-mana warga India yang baru bermastautin sekurang-kurangnya setahun di dalam salah satu dari 20 daerah di Kashmir, untuk didaftarkan sebagai pengundi. Ini bertentangan dengan peraturan lama yang hanya membenarkan penduduk yang tinggal di negara tersebut pada 1947 dan keturunan mereka untuk didaftarkan sebagai pengundi.
Parti-parti politik yang menentang parti Modi, Bharatiya Janata Party (BJP), menyatakan kebimbangan perkara yang sama akan dijalankan di wilayah-wilayah lain untuk memberikan kelebihan serta mengubah demografi yang akan memberikan kelebihan kepada penduduk Hindu.
Bekas Ketua Menteri dan pemimpin Jammu & Kashmir People Demoratic Party, Mehbooba Mufti mengkritik tindakan tersebut dengan menggelar tindakan itu sebagai “satu percubaan untuk memulakan pemisahan agama & wilayah antara Jammu & Kashmir.”
Dalam perkembangan terbaru, kerajaan India yang menerima kecaman keras dari pelbagai pihak telah membatalkan pelaksanaan peraturan baru tersebut.