Tempatan

Penduduk Baling Mohon Bantuan, 10 Kali Banjir Dalam Tempoh 4 Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 16 November 2022 – Dilanda banjir berulang kali, penduduk Baling merayu agar pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan dan meringankan beban mereka.

Nazrul, 30, dari Kampung Padang Empang, Kupang, berkata, banjir pada Isnin lalu adalah kali ke-10 dalam tempoh empat bulan.

“Saya baru saja bersihkan rumah dan membuang sampah sarap di sekitar rumah petang itu, belum habis penat tiba-tiba banjir melanda lagi.”

Katanya, bongkah kayu balak dan sampah sarap dipercayai dari Gunung Inas masih banyak di kawasan penempatannya selepas banjir tempoh hari.

“Saya berharap pihak berwajib dapat membersihkan segera batang kayu dan sampah sarap di kawasan penempatan penduduk yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata, selepas tragedi kepala air dan banjir pada awal Julai lalu di Kampung Iboi menyebabkan aliran sungai tertimbus dengan pasir dan bongkah kayu sehingga saliran sungai tidak teratur.

Menurutnya, jika hujan lebat selama dua jam mesti air sungai melimpah dan dia terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kini rumah saya kosong dan belum diganti kerana bimbang dilanda banjir lagi,” katanya yang tinggal kira-kira 20 meter dengan tebing Sungai Kupang.

Akibat sering dilanda banjir, kebanyakan barangan dan peralatannya dilaporkan rosak teruk selain rumah berbau selut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: