Tempatan

Pencerobohan Haram Tanah Raub Menjadi-Jadi, Orang Kampung Bakal Melopong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – “Saya tidak menolak kemungkinan jika satu hari nanti Raub akan dikenali sebagai ‘Syurga Penceroboh’ di mana orang-orang kampung tempatan hanya melopong melihat tanah-tanah pusaka nenek moyang mereka lesap begitu sahaja,” kata Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Haji Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook beliau.

Kenyataan beliau ini adalah merujuk kepada laporan sebuah akhbar berkenaan aktiviti pembersihan tanah secara haram menggunakan jengkaut oleh pihak yang tidak diketahui di sekitar Sungai Rambai, Raub di mana pemandunya lari dan tidak dapat dikesan sewaktu serbuan dilakukan, baru-baru ini.

“Apakah kini Raub sudah mula menjadi tarikan untuk pelbagai spesies penceroboh berbondong-bondong datang?”

“Kita semua maklum, ini bukan kali pertama kes pencerobohan berlaku dan malah, pencerobohan di Raub berlaku dalam pelbagai bentuk dan sebab. Musang Kinglah. Emaslah.”

BACA JUGA: Rumah Kongsi Buruh Asing Jadi Markas Perburuan Haram Haiwan Liar

BACA JUGA: Rampasan Jam Tangan ‘LGBT’: Swatch Fail Saman Pada Malaysia

BACA JUGA: Pemanasan Global: Cuaca Malaysia Bercelaru

“Entah mengapa selalu sangat pencerobohan berlaku dan seolah-olah orang tidak takut dengan rondaan dan serbuan pihak berkuasa.”

“Apakah ini kerana perasaan ‘selamat’ yang timbul kerana merasakan akan ada wakil rakyat atau parti politik yang akan memperjuangkan nasib mereka?”

“Lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Raub (PH-DAP) sendiri seolah-olah telah membuka ‘floodgate’ apabila telah mencadangkan agar penceroboh-penceroboh yang menanam Musang King untuk diberikan geran.”

“Tidak mustahil jika mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab akan licik mengambil kesempatan dengan harapan Ahli Parlimen Raub akan bantu mereka dapatkan geran. Untung betul bisnes macam ni, siapa tak mahu.”

“Maka bergerombolanlah segala sepsis penceroboh datang berpusu-pusu meratah tanah-tanah di Raub dengan begitu bahagia,” luah beliau dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’Sri Haji Wan Rosdy Was Ismail mendedahkan cubaan membuka tanah haram di atas tanah kerajaan di Raub yang berjaya dipatahkan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

Tegas beliau, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan aktiviti penerokaan tanah secara haram di mana-mana kawasan di negeri berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: