Tempatan

Pencemaran Udara Direkod Aduan Tertinggi Di Negeri Sembilan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PORT DICKSON, 20 Ogos 2023 – Sebanyak 311 aduan berkaitan pencemaran udara telah diterima Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan , bermula bulan Januari tahun sehingga 16 Ogos lalu.

Pengarahnya Hamzah Mohamad berkata, pencemaran udara merekodkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar yang paling tinggi diterima pihaknya sepanjang tempoh itu pencemaran air yang mencatatkan 16 kes dan pencemaran bahan buangan berjadual sebanyak lima kes.

“Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai pencemaran udara yang didominasi (punca) daripada pembakaran terbuka termasuk daripada pihak syarikat ladang yang kemudian kadang-kadang penduduk dan kejiranan membuat aduan kacau ganggu.”

“Kemudian, bagi pencemaran air sebanyak 16 kes dibuka manakala pencemaran buangan terjadual sebanyak lima kes. Semua aduan ini kami telah buat siasatan mengikut SOP sedia ada telah buat tindakan perundangan yang perlu,” katanya.

BACA JUGA: Proses Pengesahan Mangsa Nahas Pesawat Dijangka Selesai Isnin Ini

BACA JUGA: Rejim Haram Israel Musnahkan Sekolah Palestin Di Ramallah

BACA JUGA: Didakwa Melombong Silika Secara Haram, Pengurus Projek Dihadapkan Ke Mahkamah

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan, rakan strategik, pengamal media bagi Program Komunikasi Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA).

Menurutnya, sesi libat urus dengan agensi berkepentingan termasuk dengan pihak syarikat ladang adalah penting bagi mencegah dan menangani masalah pembakaran terbuka.

“Kita dijangka berhadapan dengan musim El-Nino, dikhuatiri apabila banyaknya berlaku pembakaran terbuka akan menyebabkan berlaku pula jerebu yang akhirnya beri kesan kepada alam sekitar dan kesihatan kepada rakyat,”

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 17 entiti yang terdiri daripada sektor swasta dan syarikat korporat telah bersetuju untuk menjadi rakan strategik dengan JAS Negeri Sembilan.

“Kesemua rakan strategik ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memastikan ketelusan dan menjamin integriti dalam pelaksanaan program berkaitan pemuliharaan, pendidikan dan kesedaran alam sekitar,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: