Pencemaran Udara Boleh Pengaruhi Tumbesaran Janin Hingga Kesihatan Mental – Kajian
LONDON, 18 April 2023 – Sebuah kajian yang dijalankan oleh The Environmental Research Group di Imperial Collage London telah menyatakan bahawa pencemaran udara memberi kesan terhadap tumbesaran janin serta kemampuan kognitif kesihatan mental remaja sehingga dewasa.
Ulasan laporan yang menghimpunkan penemuan-penemuan yang diperolehi daripada lebih dari 35,000 kajian di serata dunia itu telah diterbitkan pada Isnin lalu.
BACA JUGA: Op Lancar Jalan Persekutuan Ipoh-KL: Polis Tidak Teragak-Agak Keluar Saman
BACA JUGA: Bekalan Air Capai Paras Maksimum, Rakyat Diminta Simpan Air Raya Ini
BACA JUGA: Cuaca Panas: Kementerian Sumber Asli Nasihat Orang Ramai Jimat Penggunaan Air
Pasukan London University telah memerhatikan penemuan-penemuan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UK Committee on the Medical Effects of Air Pollution, Royal College of Physicians, Health Effects Institute dan International Agency for Research on Cancer.
Laporan tersebut menyatakan antara lain bahawa penemuan yang paling penting adalah bukti yang berhubungan dengan kesan pencemaran udara dan kesihatan otak, termasuklah kesihatan mental dan dementia serta impak terhadap awal kelahiran yang dapat memberi beban kepada populasi pada masa akan datang.
Ulasan laporan tersebut menunjukkan bahawa terdapat kaitan di antara pencemaran udara dan kesihatan bayi baru lahir yang berusia beberapa minggu, berat lahir, keguguran dan juga kelahiran mati.
Kajian turut mendapati bahawa janin juga terdedah dengan bahaya yang sama kerana ibu mengandung berkemungkinan menghidu partikel udara tercemar yang dapat menyebabkan kesan sampingan terhadap perkembangan janin.
Bahan-bahan kimia yang berkaitan dengan pencemaran itu dapat memasuki darah wanita mengandung, mengubah aliran pergerakan darah tersebut serta berpotensi dalam memperlahankan ataupun menunda pembesaran janin.