Tempatan

Pencemaran Sungai Kubang Tiga: Petani Terkesan, CAP Gesa Tindakan Tegas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 25 Julai 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis digesa mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang terbabit menjadi punca berlakunya pencemaran Sungai Kubang Tiga, Padang Besar baru-baru ini.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader berkata, JAS seharusnya mengenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berdasarkan peraturan-peraturan yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

BACA JUGA: Pekeliling Maybank ‘Polisi Tidak Jelas PM’ Sahih – Portal

BACA JUGA: Peguam Rayu Permohonan Murtad Wanita Dibenarkan

BACA JUGA: Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang

Menurutnya, JAS, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga perlu mendedahkan tindakan undang-undang yang diambil ke atas pihak yang menyebabkan masalah itu berlaku termasuk tahap kualiti air sungai berkenaan.

“CAP kesal walaupun kejadian itu sudah lama berlaku tetapi tindakan yang diambil agak lambat menyebabkan kesannya ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk di sini menjadi bertambah serius.”

Sebelum ini JAS Perlis mengesahkan pencemaran di hulu Sungai Kubang Tiga berpunca dari pelepasan air larut resap (leachate) dari Tapak Pelupusan Sanitari Rimba Emas menyebabkan air sungai itu tercemar, bertukar warna menjadi hitam dan berbau.

Justeru katanya, Jabatan Pertanian perlu membuat penilaian berhubung hasil tanaman petani di situ yang terjejas dan memberi pampasan kepada mereka bagi meringankan beban akibat kerugian selama ini.

“Sebelum ini air sungai itu boleh digunakan untuk mandi dan orang ramai menjalankan aktiviti penangkapan ikan tetapi sekarang tidak lagi boleh berbuat demikian.”

“Malah petani yang menggunakan air sungai ini bagi tanaman mereka juga mengalami kerugian kerana hasil pendapatan berkurangan sejak pencemaran ini berlaku,” katanya menerusi satu kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: