Antarabangsa

Penahanan Imran Khan Tak Sah! – Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISLAMABAD, 12 Mei 2023 – Mahkamah Agung Pakistan mengisytiharkan penahanan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, baru-baru ini sebagai tidak sah.

“Penangkapan anda (Imran) adalah tidak sah, maka keseluruhan proses perlu dibatalkan,” kata Ketua Hakim Pakistan Umar Ata Bandial.

BACA JUGA: Pakistan ‘Bergegar’! Mantan PM Ditangkap

BACA JUGA: Kes Buli Tular: Tindakan Disiplin Akan Diambil – Sekolah

BACA JUGA: Anak-Anak Loh Siew Hong Masuk Islam Secara Sah – Mahkamah

Beliau mengumumkan keputusan itu selepas mengarahkan pihak polis membawa Imran Khan ke Mahkamah Agung sebagai tindak balas kepada petisyen oleh parti politiknya yang mencabar penahanan itu.

Pada 9 Mei baru-baru ini, Imran Khan ditahan atas tuduhan rasuah sebelum direman dalam tahanan. Penahanan beliau telah mencetuskan protes besar-besaran di seluruh Pakistan.

Seramai 130 anggota dan pegawai polis cedera dalam rusuhan yang tercetus selepas penahanannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: