Pemimpin Culas, NGO Melayu Bakal Gerakkan Gerakan Nasional 152
KUALA LUMPUR, 04 Jun 2023 – “Sedih mendengar sikap sebahagian orang-orang politik dalam Kerajaan (tidak kiralah kerajaan yang mana sekalipun) yang diberi mandat oleh rakyat, namun terus mengambil sikap acuh tak acuh, malah culas dalam tanggungjawab memelihara kedudukan dan martabat Bahasa Melayu yang telah kukuh terpahat dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.”
Demikian luah Tun Suzana Tun Hj Othman menerusi hantaran laman Facebook miliknya semalam.
Menurut beliau, sikap tidak amanah ini terzahir pada penggubalan seksyen dalam Akta Pendidikan 1996 yang dikatakan menjadi punca kepincangan sehingga mencetuskan pelbagai masalah dan dipercayai tidak selari dengan hasrat asal Perlembagaan Persekutuan.
Ujarnya, “Antara yang menjadi mangsa adalah agenda perpaduan rakyat yang masih terus gagal dicapai sehingga ke hari ini.”
BACA JUGA: Malaysia Antara Negara Catat Kadar Pencemaran Sungai Akibat Plastik Paling Tinggi Di Dunia
BACA JUGA: Melayu Digesa Bersatu Tolak Agenda ‘Malaysian Malaysia’ DAP
BACA JUGA: Waris Sulu Dipergunakan Proksi Barat Untuk Dapatkan Duit Malaysia
Lantaran itu, Tun Suzana yang mewakili Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI), AKADEMI WATAN, dan beberapa badan NGO lain bersepakat menyatakan komitmen untuk bersama menjayakan agenda GERAKAN NASIONAL 152 PP yang akan menggembleng momentum rakyat.
Jelasnya, agenda itu merupakan antara resolusi majlis dialog Randau Ke-17 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang disertai pakar perlembagaan, pengamal perundangan serta pejuang-pejuang bahasa dan pendidikan.
Sesi dialog berkenaan diadakan bagi merungkai dan melerai polemik dan persoalan berkaitan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sekali gus membahas isu yang berlaku kebelakangan ini dari pelbagai perspektif.