Pemimpin Afrika & Dunia Naik Bas, Presiden US Boleh Berkonvoi, Perhambaan Masih Berlangsung – Netizen
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UNITED KINGDOM, 21 September 2022 – Kerajaan United Kingdom (UK) telah dikritik berikutan isu pemimpin-pemimpin negara, terutamanya dari benua Afrika yang dikehendaki untuk menaiki bas untuk ke Istana Buckingham bagi memberikan kehormatan terakhir terhadap mendiang Ratu Elizabeth.
Terdapat beberapa ciapan Twitter yang menunjukkan gambar beberapa pemimpin dunia yang berada di dalam bas dan membandingkannya dengan layanan yang diterima oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden serta delegasi beliau.
Terdapat juga ciapan yang mengatakan bahawa perhambaan masih belum tamat, berikutan layanan terhadap pemimpin-pemimpin tersebut.
Sebahagian warga maya mempertahankan tindakan UK yang membenarkan Biden serta delegasinya menaiki kereta sendiri berikutan isu keselamatan serta ancaman yang dihadapi oleh Presiden AS tersebut.
Menurut laman web Politico, para pemimpin dunia sebenarnya telah dimaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk membawa kereta sendiri ke Istana Bukhingham berikutan isu keselamatan yang ketat serta beberapa sekatan pada jalan raya.
Terdapat juga warga maya yang mengutarakan pendapat berkenaan isu ini dengan mengatakan bahawa jika lebih 500 pemimpin negara yang datang dengan kenderaan sendiri, maka ianya akan menganggu kelancaran majlis.
Ratu Elizabeth telah mangkat pada 8 September lalu di Balmoral, Scotland.