Antarabangsa

Pemenang Pingat Emas Olimpik Bawa Bendera Pride, Sokongan Terhadap LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BIRMINGHAM, 30 Julai 2022 – Pemenang pingat emas Olimpik, Tom Daley memasuki Stadium Alexander, Birmingham bersama-sama kumpulan yang membawa bendera Pride sebagai sokongan terhadap golongan LGBTQ+ dalam Majlis Perasmian Sukan Komanwel 2022 baru-baru ini.

Daley bertindak sedemikian bagi memprotes sikap tidak bertoleransi dan budaya toksik awam kepada komuniti LGBTQ+ sekali gus menunjukkan sokongannya terhadap golongan tersebut.

Bagi meraikan tema acara iaitu kepelbagaian dan keterangkuman, dia memasuki stadium itu dengan senyuman lebar sambil membawa baton Komanwel, dan turut memberi penghormatan kepada enam individu yang masuk ke stadium membawa bendera Pride.

Menerusi akaun Instagramnya, Daley mengatakan, “Di lebih separuh negara Komanwel, homoseksualiti masih menjadi satu jenayah dan di tiga daripada negara-negara tersebut, hukuman maksimum ialah hukuman mati.”

“Undang-undang ini adalah warisan penjajah. Majlis perasmian ini untuk kami adalah tentang menunjukkan keterlihatan LGBTQ+ kepada bilion orang yang menonton..,” tambahnya.

Ketua Eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel, Katie Sadlier berkata, “Kami telah bekerjasama dengan Tom dan kami telah bekerjasama dengan kumpulan yang lebih luas. Anda akan melihat bendera Pride di Birmingham. Ini adalah bandar yang benar-benar menerima Pride dan mesejnya serta ia adalah sesuatu yang kami bekerjasama rapat dengan Tom Daley.”

Sukan Komanwel merupakan sebuah acara Olimpik pelbagai sukan yang kebanyakannya disertai negara-negara bekas jajahan British iaitu sebanyak 72 negara dan wilayah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: