Tempatan

Pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah Gagal Dicabar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 November 2022 – Hasrat untuk mencabar tindakan kerajaan Selangor yang membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah akhirnya tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan kehakiman oleh dua badan bukan kerajaan (NGO).

Peguam mewakili Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dan Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF), Rajesh Nagarajan, berkata, Hakim, Dr Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu tanpa sebarang kos dalam prosiding menerusi aplikasi Zoom.

Menurut hakim, keputusan untuk menyahwartakan Bukit Cherakah dibuat pada 2000 dan pemohon sedar bahawa kerja sudah dijalankan di kawasan itu sejak tahun terbabit.

“Susulan itu, pewartaan bertarikh 5 Mei 2022 tidak boleh dikatakan melucutkan pemohon daripada menikmati faedah dibenarkan untuk menggunakan hutan simpan.”

“Oleh kerana tarikh efektif penyahwartaan pada 20 November 2000, keperluan untuk menjalankan pertanyaan awam berdasarkan Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara tidak diperlukan.”

“Ia kerana ia sudah berkuat kuasa pada 19 Mei 2011, iaitu selepas keputusan untuk penyahwartaan dibuat.”

Rentetan itu, Rajesh akan memfailkan rayuan terhadap keputusan permohonan itu seperti diminta oleh anak guam.

Pada 3 Ogos lalu, PEKA dan SACF mencabar keputusan responden kerana beranggapan alasan membenarkan pembangunan di atas tanah seluas 406.22 hektar itu melalui pelaksanaan keputusan yang dibuat 22 tahun lalu sebagai lapuk.

Mereka juga memohon pengisytiharan mengenai keperluan untuk mengadakan siasatan awam berkaitan pembangunan hutan simpan itu seperti yang termaktub di bawah Seksyen 11 dan 12 Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011.

Mereka menamakan kerajaan Selangor, Majlis Eksekutif Selangor, Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling sebagai responden, manakala YCH Development, Restu Mantap Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dibenarkan menjadi pencelah dalam kes itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: