Antarabangsa

Pelampau Yahudi Gesa Wartawan Al Jazeera Diusir Keluar Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 08 Disember 2022 – “Mereka harus diusir keluar dari negara ini hari ini dan kempen anti-Israel yang palsu harus dihentikan dari dalam Israel.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan pemimpin pelampau Yahudi, Itamar Ben-Gvir menerusi ciapan di laman Twitternya kelmarin.

Dia telah mendakwa rangkaian media Al Jazeera sebagai rangkaian propaganda palsu yang bekerja menentang rejim haram Israel sekali gus menghalau keluar wartawan media antarabangsa tersebut.

Ben-Gvir turut menuduh Al Jazeera bersifat anti-semitisme dan menyeru agar kempen pembohongan anti-Israel dihentikan dari dalam tanah pendudukan.

Sumber melaporkan, Ben-Gvir dijangka menjadi Menteri Keselamatan Israel dalam Kerajaan akan datang yang diketuai bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Kerajaan yang bakal tertubuh itu diramalkan menjadi yang paling ekstrem dalam sejarah pendudukan.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan Israel, Avigdor Liberman turut mengeluarkan ciapan seolah-olah bersetuju dengan Ben-Gvir.

Ujarnya, “Ia tidak boleh diterima apabila Al Jazeera menyaman Israel dan mengajar prinsip moral kepada kita. Tidak masuk akal badan ini mempunyai hak penyiaran di negara Israel.”

“Saya menjangkakan pejabat akhbar Kerajaan membatalkan kelayakan wartawan Al Jazeera yang berada di wilayah Israel,” tegasnya.

Kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan dipercayai susulan penyerahan kes pembunuhan wartawan Palestin-Amerika Shireen Abu Akleh ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Selasa lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: