Tempatan

Pekerja Seks Mahu ‘Taubat’: JAKIM Sokong Usaha NGO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 November 2022 – Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM berkata, pihak mereka sentiasa menyokong usaha yang dilakukan NGO dan bersedia memberi kerjasama kepada mereka.

“JAKIM menyedari kewujudan komuniti yang terlibat dengan kegiatan seks bebas khususnya di sekitar ibu negara. Justeru, JAKIM telah mengadakan pelbagai program untuk menyantuni kumpulan ini,” kata Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menurut laporan portal tempatan.

Sebagai agensi penyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, JAKIM bertanggungjawab menyelaras program bimbingan kerohanian secara berterusan.

“Pelbagai usaha telah, sedang dan akan terus dibuat agar masyarakat kembali kepada pegangan dan norma kehidupan Islam yang sebenar.”

“Ia diadakan kepada pelbagai kumpulan komuniti termasuklah komuniti yang terlibat dengan kegiatan seks bebas.”

“Usaha ini dilakukan untuk mengenal pasti komuniti yang memerlukan keperluan asas, bantuan kewangan dan lain-lain yang bersesuaian,” kata Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM lagi.

Media sebelum ini melaporkan, di sebalik kehidupan gelap dilalui golongan pelacur tua sejak berpuluh tahun lamanya, masih ada sebenarnya keinginan untuk mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, impian untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain terpaksa dilupakan atas desakan hidup untuk mencari rezeki, selain tiadanya usaha daripada pihak luar yang tampil secara serius untuk membantu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: