Tempatan

Peguam Negara ‘Kamikaze’? – Zaid Ibrahim Selar Tommy Thomas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 September 2022 – “Sebenarnya tajuk ‘kamikaze’ ini lebih sesuai kepada Tommy Thomas. Saya panggil dia Peguam Negara ‘kamikaze’, sebab dialah, kita ada masalah tuntutan-tuntutan Sulu yang telah membahayakan aset negara berbilion ringgit. Inilah kamikaze peguam negara kita,” kata peguam, Zaid Ibrahim dalam Facebooknya.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan mantan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mendakwa peguam-peguam Datuk Seri Najib Tun Razak enggan membuat hujahan pada rayuan terakhir untuk mempertahankannya.

Menurut Tommy, tindakan itu disifatkan sebagai tidak boleh diterima oleh mana-mana Komanwel British.

Kata Zaid Ibrahim yang juga mantan Menteri Undang-Undang, Tommy seharusnya mengambil pendirian memahami dalam kes Datuk Seri Najib.

“Dia seolah-olah memberi gambaran, yang melambat-lambatkan kes, adjournment dan postponement ini semua sebab peguam.”

“Sepatutnya dia fikirlah, isu yang ada dalam kes ini, isu yang berbeza. Patutnya dia ambil pandangan yang memahami keadaan Datuk Seri Najib sendiri, mengapa dia tukar peguam dan sebagainya. Dia tidak boleh generalize sebegitu.”

23 Ogos baru-baru ini, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tersebut, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan setebal 15 muka surat yang dibacakan di dalam mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: