Pegawai Farmasi, Pergigian Kontrak 2016-2017 Boleh Mohon Jawatan Tetap
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 29 Januari 2023 – Pegawai Farmasi dan Pegawai Pergigian lantikan kontrak bagi tahun 2016 dan 2017 boleh memohon jawatan tetap di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi kenyataan media Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa berkata, pegawai boleh memohon melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) bermula 30 Januari 2023 hingga 12 Februari 2023.
Kenyataan Media Menteri Kesihatan.
Pengambilan Jawatan Tetap Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi (Lantikan Kontrak Tahun 2016 dan 2017).
27 Januari 2023. pic.twitter.com/DwueLbntiE
— Dr.Zaliha Mustafa (@Zaliha_DrZ) January 27, 2023
Ujar beliau, seramai 321 Pegawai Farmasi dan 242 Pegawai Pergigian kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan tetap yang ditawarkan.
BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Seluruh Terengganu Hingga Isnin Ini
BACA JUGA: Barat Nafi Sedang Berperang Dengan Rusia
BACA JUGA: KTMB Tawar Diskaun 25% Sehingga 31 Disember
Para pegawai berkenaan juga disaran melayari portal SPA untuk berdaftar atau mengemas kini maklumat permohonan yang terdapat dalam sistem SPA9.
Dalam pada itu, KKM juga berharap Pegawai Farmasi dan Pegawai Pergigian lantikan kontrak pada dua tahun tersebut dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan ini.