Tempatan

PDRM Pantau Penyebaran Propaganda Kumpulan Yang Dikaitkan Islamic State

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Mac 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau rapi penyebaran propaganda oleh kumpulan yang dikaitkan dengan Islamic State (IS) melalui media sosial.

Dalam sebuah kenyataan media, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani berkata, beberapa media tempatan melaporkan terdapat aktiviti media sosial oleh kumpulan yang dikaitkan dengan IS.

“Laporan media didapati berasaskan maklumat yang diperolehi daripada nordic counter terrorism network dari Finland,” ujar beliau.

BACA JUGA: Dua Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan

BACA JUGA: SOSMA: Lebih 600 Orang Ditangkap Tahun Lepas – Menteri KDN

BACA JUGA: Langgar Etika Pengarahan, FDAM Mahu Pengarah ‘Mentega Terbang’ Mohon Maaf

Dalam pada itu, PDRM mengambil langkah untuk mewujudkan kolaborasi rapat dengan beberapa agensi keselamatan serantau bagi mengawasi penyebaran propaganda sedemikian agar tindakan dikenakan ke atas pihak yang terlibat.

Menurutnya, semua agensi sedang memainkan peranan secara aktif dan pemantauan ditingkatkan agar tahap ancaman keselamatan negara terjamin dan terkawal.

Pihak PDRM turut menasihatkan agar orang ramai tidak gusar mengenai perkara ini sekali gus menyatakan bahawa mereka komited dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan ketenteraman awam demi mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: