Antarabangsa

PBB Luluskan Resolusi Tetapkan 15 Mac Hari Menentang Islamofobia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

London, 25 Mac 2022 – Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menerima pakai resolusi yang dicadangkan oleh Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan Pakistan untuk menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa Menentang Islamofobia.

Resolusi itu diperkenalkan oleh duta Pakistan, Munir Akram bagi pihak OIC yang menyeru usaha antarabangsa untuk mempromosi budaya toleransi dan keamanan di semua peringkat dengan menghormati hak asasi manusia dalam kepelbagaian agama dan kepercayaan.

Ini bermakna, hari itu akan dijadikan sebagai peringatan tahunan akan perlunya memerangi Islamofobia.

Menurut Akram, Islamofobia merupakan realiti apabila ia dimanifestasikan menerusi ucapan kebencian, diskriminasi dan keganasan umat Islam yang semakin berleluasa.

“Tindakan diskriminasi, permusuhan dan keganasan seperti itu terhadap individu dan masyarakat Islam merupakan pencabulan besar hak asasi manusia serta melanggar kebebasan beragama dan kepercayaan. Tindakan mereka itu turut menyebabkan penderitaan yang besar dalam dunia Islam,” ujar Akram.

Bukan itu sahaja, Akram turut memetik kata-kata dari pelapor khas PBB yang menyatakan bahawa sejak berlakunya serangan pengganas 9/11, kecurigaan dan ketakuan terhadap umat Islam dan mereka yang dianggap Muslim telah meningkat dengan drastik.

“Aspek jantina Islamofobia juga semakin menonjol apabila gadis dan wanita menjadi sasaran berikutan cara berpakaian golongan itu yang seperti menindas wanita Islam dan mereka beranggapan bahawa golongan itu mesti dibebaskan.”

Resolusi itu diterima pakai berikutan perbincangan bertahun-tahun berkenaan keperluan Hari Antarabanga Menentang Islamofobia yang dimulakan di Mekah pada 2019 susulan daripada serangan masjid di New Zealand.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: