Antarabangsa

Pasangan Warga Emas Lesap RM9,800 Ditipu ‘Scammer’ Guna AI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SASKATCHEWAN, 13 Mac 2023 – Sepasang suami isteri warga emas rugi CAD3,00 (kira-kira RM9,800) selepas ditipu scammer yang mengaku sebagai cucu mereka.

Ruth Card, 73, dan suaminya Greg Grace berkata, mereka menerima panggilan daripada ‘cucunya’ yang sedang menangis meminta bantuan dari mereka selepas dipenjara tanpa dompet dan telefon.

BACA JUGA: Karya Langgar Akidah: Gaji Pelakon & Kru Produksi, Haram

BACA JUGA: Mentega Terbang: Filem Yang Cukup Jahat – Toqqi

BACA JUGA: KKM Panjang Waktu Operasi Klinik Kesihatan

Scammer itu meminta Ruth dan Greg menghulurkan wang sebagai ikat jamin,

Dengan tergesa-gesa pasangan itu pergi ke bank dan mengeluarkan duit simpanan sehingga mencapai had harian CAD3,00 (kira-kira RM9,800).

Tidak menyatakan jumlah sebenar, pasangan itu berkata mereka juga pergi ke bank lain untuk mengeluarkan wang tunai tambahan kerana jumlah masih tidak mencukupi.

Namun begitu, pasangan itu diselamatkan semasa menguruskan pengeluaran wang mereka setelah mereka disedari oleh pengurus bank di lokasi kedua.

Pengurus itu mengesan beberapa aktiviti yang mencurigakan dan menasihatkan mereka bahawa bekas pelanggan telah melalui keadaan yang sama.

Ternyata scammer itu membuat panggilan menggunakan program alih suara AI untuk berbunyi seperti cucu Ruth dan Greg.

Scammer kini telah bertindak dengan lebih licik melalui eksploitasi kecerdasan buatan dan teknologi.

Mereka menyasarkan orang yang berbeza umur, asal usul sosioekonomi dan tahap pendapatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: