Antarabangsa

Parit Buatan Muslim Moor Bantu Bekal Air Ke Kawasan Kontang Eropah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GRANADA, 12 Oktober 2022 – Ketinggian ilmu Muslim Moor telah berjaya menyelamatkan kawasan Pergunungan Sierra Nevada lebih dari 1,000 tahun lamanya daripada menjadi salah satu kawasan paling kering di Eropah dengan terciptanya parit buatan purba yang dikenali sebagai acequia.

Acequia Sierra Nevada ialah sistem cas semula akuifer bawah tanah tertua di benua Eropah, sejak lebih 1,200 tahun lalu.

Teknik pengurusan air Islam yang diperkenalkan dari timur itu telah mengubah landskap dan pertanian di Andalusia pada ketika itu, antaranya terhasillah pertanian badam, terung, limau, delima, bayam, walnut dan tembikai.

Walaupun sistem purba ini kelihatan kuno, namun sistem pengurusan air tradisional ini mampan, cekap dan berdaya tahan serta berjaya membantu komuniti setempat untuk menghadapi perubahan iklim yang serius.

Daripada musim sejuk hingga ke musim panas, acequia berjaya mengairi kebun dan tanaman daripada kehausan secara semula jadi, dan dapat mengurangkan kecepatan aliran air hujan dan pencairan salji dari curam ke sungai berhampiran.

Pakar hidrogeologi, Sergio Martos-Rosillo juga mengesyorkan agar sistem ini diaplikasikan di pergunungan lain di serata dunia berdasarkan kelebihan yang ada padanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: