Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai
SHAH ALAM, 16 Jun 2023 – Kawasan rekreasi di Pantai Morib, Banting, ditutup kepada orang awam dan peniaga serta merta sehingga 2 Julai depan untuk kerja pembersihan kawasan ekoran hujan lebat dan angin kencang pada Rabu lalu.
Persetujuan untuk menutup kawasan pantai itu dibuat hasil perbincangan dan rangka kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan oleh pihak pengurusan tertinggi Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
BACA JUGA: ‘Formula’ B40, M40, T20 Dihapus Tahun Depan
BACA JUGA: Mantan CEO FINAS Dakwa Dipecat Kerana Siasat Isu Ketirisan Dana
BACA JUGA: Pahang Benar Premis Persendirian Laksana Ibadah Korban Tahun Ini
MPKL menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, kerja-kerja pemotongan pokok-pokok yang tumbang akan dilakukan bagi membersihkan laluan awam.
Majlis itu memaklumkan, kerja-kerja pengalihan pokok giat dilaksanakan Skuad Pantas MPKL bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan polis sejurus ribut reda.
Rabu lalu, Pantai Morib dipukul ribut kira-kira pukul 5 pagi sehingga mengakibatkan 65 pokok tumbang selain menyebabkan kerosakan infrastruktur dan bumbung rumah rosak.