Antarabangsa

Pakar Arkeologi Israel Temui Masjid Berusia 1,200 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 24 Jun 2022 – Pakar Arkeologi Israel telah menemui tapak yang dipercayai merupakan sebuah masjid berusia hampir 1,200 tahun di kawasan gurun Negev, sebuah kawasan berhampiran Tebing Barat.

Penemuan masjid itu merupakan sebuah bukti kukuh tentang perkembangan ajaran Islam di kawasan berkenaan, di mana ia dikatakan merupakan sebuah ‘titik tanda’ bagi peralihan pegangan masyarakat asal di sana daripada Kristian kepada Islam.

Tapak runtuhan di daerah Rahat tersebut dikatakan mempunyai reka bentuk sebuah masjid.

“Sebuah ruangan berbentuk petak dan dinding yang menghadap ke Mekah,” jelas Autoriti Antik-Antik Israel, seperti yang dilaporkan SBS.

“Reka bentuk dan ciri unik menunjukkan bahawa binaan terbabit digunakan sebagai sebuah masjid,” tambah mereka lagi.

Terdahulu, pihak yang sama turut menemukan sebuah lagi tapak masjid berhampiran kawasan yang sama, di mana mereka menyifatkan tapak-tapak ini antara tapak keagamaan Islam yang terawal yang diketahui.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: