Tempatan

Pahang Peruntuk RM147 Juta Untuk Pembangunan Institusi Agama Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 08 Disember 2021 – Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM147 juta untuk pembangunan institusi agama Islam di negeri ini bagi tahun hadapan, ujar YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Peruntukan itu melibatkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang dan Jabatan Mufti Pahang.

“Peruntukan ini merangkumi pelbagai perolehan aset dan perbelanjaan modal insan kepada sekolah-sekolah dan masjid seluruh Negeri Pahang yang melibatkan RM1.92 juta, pembinaan dewan serbaguna dan bangunan akademik, penyelenggaraan dan menaik taraf bangunan di bawah pentadbiran JAIP termasuk Pejabat Agama Islam Daerah dan asrama sekolah-sekolah di bawah pengurusan JAIP yang keseluruhannya berjumlah RM10 juta.”

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Majlis Penasihat Orang Kelainan Upaya (OKU) Negeri Pahang dengan peruntukan sebanyak RM150,000 setahun.

“Menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh penyelia dan petugas PPDK, sumbangan one-off RM250 kepada 300 orang Penyelia dan Petugas PPDK seluruh Pahang dengan kos sebanyak RM75,000 bagi mengiktiraf komitmen pekerja, pendidik dan pengasuh OKU untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada OKU.”

“Pembelian peralatan pemulihan kepada 52 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Negeri Pahang dengan kos RM520,000 bagi meningkatkan potensi pemulihan OKU dan mengelakkan kecacatan menjadi lebih teruk,” tambah beliau.

Perkara ini diumumkan semasa Dato’ Sri Haji Wan Rosdy memberikan ucapan Belanjawan Tahun 2022 Kerajaan Negeri Pahang bertemakan Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Pahang Darul Makmur, 6 Disember baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: