Tempatan

Pahang Benar Premis Persendirian Laksana Ibadah Korban Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LIPIS, 15 Jun 2023 – Pahang membenarkan premis persendirian melaksanakan penyembelihan ternakan bagi ibadah korban tahun ini, ujar Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Menurutnya, selain rumah sembelih dibenarkan sementara (RSDS), kandang dan tempat penyembelihan, Kerajaan Pahang kini membenarkan premis persendirian seperti kediaman individu, maahad tahfiz dan pondok persendirian untuk melaksanakan ibadah tersebut.

BACA JUGA: Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Tanggung Baki Kos Perubatan Adik Athif

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Makanan Warisan, Rais Yatim Gesa Jabatan Warisan Nasihat Menteri

“Turut dibenarkan kawasan tanah lapang awam seperti padang, balai raya, premis kerajaan dan masjid atau surau,” tambah beliau.

Jelasnya lagi, permit mengenai perkara tersebut dijangka akan keluar antara dua hingga tiga minggu menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha.

Lanjutan itu, setakat 13 Jun lalu, sejumlah 756 ternakan membabitkan 560 lembu, 83 kerbau dan 113 ekor kambing/bebiri disenaraikan untuk ibadah korban tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: