Antarabangsa

Paderi Gereja Cetuskan Kemarahan Kerana Seru Tembak Kepala Golongan Gay

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEXAS, 12 Jun 2022 – “Orang-orang ini harus dihukum mati. Setiap homoseksual di negara kita harus didakwa dengan jenayah. Kejijikan homoseksualiti yang mereka ada, mereka harus disabitkan dengan perbicaraan yang sah. Mereka harus dijatuhi hukuman mati. Mereka harus berbaris ke dinding dan ditembak di belakang kepala.”

Kenyataan penuh kontroversi itu dikeluarkan oleh Paderi Dillon Awes dari Gereja Stedfast Baptist, Watauga iaitu di pinggir bandar Fort Worth semasa sesi khutbah pagi Ahad yang bertajuk “Mengapa Kami Tidak Diam.”

Menurut laporan dari NBC News, kenyataan beliau berjaya menimbulkan kemarahan orang ramai dan gereja tersebut telah dilabel sebagai “Kumpulan Kebencian Anti-LGBT” oleh Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan.

BACA: Jangan Sentuh Sensitiviti Umat Islam – Pergerakan Belia India Muslim Malaysia

BACA: Haramkan Solat Jumaat, Robohkan Masjid Pakai Bulldozer – Pelampau Hindu

BACA: Kes Lelaki Nikah Kambing: MUI Fatwa Murtad Jika Yakin Pernikahan Sah

Beliau dengan lantang mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana berang akan tindakan orang ramai yang menyambut “Pride Month” demi memperingati golongan LGBTQ+ pada setiap Jun.

“Saya marah pagi ini kerana seluruh negara kita meraikan dosa yang lebih teruk dalam Alkitab (Bible).”

“Anda tahu ramai paderi mempunyai idea bodoh ini di mana ia seperti ‘Oh anda tahu Tuhan mengasihi semua orang dan Tuhan membenci dosa tetapi mengasihi pendosa.’ Tetapi orang ramai telah mengambil perkara ini ke tahap yang melampau di mana mereka mengatakan ‘meraikan dosa, bukan hanya bertolak ansur, raikannya”. Biar saya tunjukkan apa yang Alkitab katakan tentang orang-orang ini,” ujar Paderi tersebut.

Awes membaca beberapa petikan dari Alkitab dan mengutuk homoseksual sebagai dosa. Pada satu ketika, dia memberitahu jemaah bahawa orang gay “berbahaya kepada masyarakat” dan berkata bahawa “semua homoseksual adalah pedofil”, lapor NBC News.

“Saya tidak mengatakan bahawa setiap homoseksual yang masih hidup sekarang telah melakukan perbuatan itu dengan seorang kanak-kanak kerana mungkin mereka belum mempunyai peluang lagi dan mereka akan pada satu ketika nanti dalam hidup mereka.”

“Inilah sebabnya kita perlu membunuh orang-orang ini melalui saluran kerajaan yang betul… Orang-orang ini tidak normal. Mereka bukan pendosa purata biasa anda setiap hari… Mereka tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan,” tambah Paderi itu lagi.

Pada satu masa ketika ucapan berlangsung, orang ramai dalam bilik tu bersorak sebagai tanda bersetuju dengan Awes. Demikian beliau mengeluarkan pendapat dengan berkata “Penyelesaian untuk homoseksual pada 2022 ialah hukuman mati.”

Namun yang demikian, tindakan serta ulasan beliau mendapat kecaman dan kritikan orang ramai di media sosial dengan melabel kenyataannya sebagai ancaman ganas kepada masyarakat.

“Menggalakkan pelaksanaan hukuman mati terhadap orang gay bukanlah ucapan yang dilindungi. Dillon Awes harus dianggap sebagai pengganas domestik dan didakwa,” tulis seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi berkata, “Komen Awes menjadikan komuniti LGBTQ+ sebagai sasaran besar dan paderi itu perlu berada dalam senarai pantauan FBI.”

Walau bagaimanapun, terdapat tindakan dari orang lain yang turut mengadu kepada Jabatan Polis Watauga dan menggesa untuk mengeluarkan kenyataan. Sambil mengecam “sebarang mesej yang menggalakkan kebencian” jabatan itu berkata komen Awes dilindungi oleh kebebasan bersuara.

Menurut NBC News, terdapat satu kenyataan yang menyatakan;

“Pertama, Jabatan Polis Watauga ingin mengesahkan komitmen kami untuk menjadikan Watauga sebagai Tempat Tinggal yang Hebat untuk semua orang. Jabatan Polis Watauga menghargai kepelbagaian dan akan terus melindungi hak orang ramai untuk menyatakan identiti mereka.”

“Sebarang mesej yang mempromosi kebencian terhadap mana-mana kelas atau kumpulan orang sama sekali bertentangan dengan budaya Jabatan Polis Watauga. Bahasa yang digunakan oleh Paderi Gereja Stedfast Baptist mungkin menyinggung perasaan ramai orang. Namun, pada masa ini, bahasa khutbah yang dilaporkan nampaknya adalah kebebasan bersuara yang dilindungi oleh Perlembagaan. Kami akan terus memantau situasi yang berkembang ini.”

Paderi utama gereja, Jonathan Shelley mempertahankan Awes dengan berkata dalam satu kenyataan bahawa Amerika telah melemahkan “hukuman untuk homoseksual.”

“Alkitab mengajar bahawa undang-undang Tuhan tidak berubah dalam isu ini. Kami tidak akan membiarkan pengaruh Syaitan dalam budaya kami menghalang kami daripada mempercayai Bible. Tujuan utama kami bukanlah untuk mengajarkan perkara yang kontroversi sebaliknya menyelamatkan orang ramai. Bagaimanapun, kami akan mengkhabarkan segala yang dikatakan Alkitab,” kata Shelley.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: