Tempatan

Orang Melayu Miskin, Orang Miskin Lemah – Tun M

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2022 – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Malaysia dianggap bukan lagi milik Bumiputera apabila bangsa Melayu masih lagi terbelenggu dalam kepompong kemiskinan.

Dalam sidang media Program Aku Melayu di Kuala Lumpur dua hari lepas, Tun M menyatakan situasi ini dapat dilihat ramai di kalangan masyarakat Melayu terpaksa menjual tanah milik mereka.

“Orang melayu miskin kerana kita dapati walaupun kita mempunyai simpanan tanah Melayu namun kerap kali dijual dan sebenarnya dimiliki oleh orang lain.”

“Seperti yang berlaku di Singapura, yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Johor tetapi kita hilang Singapura sehingga menjadi negara lain dan dimiliki oleh orang lain,” lapor Astro Awani.

Tun M turut berhasrat agar beberapa forum diwujudkan sebagai platform bagi membincangkan punca kelemahan orang Melayu di Malaysia dan mencari jalan penyelesaiannya.

Dalam pada itu, Tun M mengakui sememangnya ada di kalangan orang Melayu yang kaya tetapi bilangannya sedikit.

“Orang miskin adalah orang yang lemah dan apabila lemah mereka akan lakukan sesuatu perkara yang merugikan mereka,” tambah beliau lagi.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: