Tempatan

Orang Luar Tabii Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HULU KELANG, 11 Ogos 2023 – “Apapun keputusan, saya ada bincang dengan saudara Zahid, saudara Fadillah, saya dah kemukakan kepada Tuanku Sultan Selangor, kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya kata ini bukan soal politik, saya tak peduli dia sokong siapa, parti mana, itu hak dia tetapi dia tunggang agama, permainkan hukum Allah, menghukum orang, memfitnah orang dan fitnah yang besar! Ini orang-orang yang luar tabii, nak hukum, nak bawa usul ini. Nak kafirkan orang yang tak sokong dia masuk neraka. Musuh Allah! Sudah. Saya nak bagitahu malam ini! After this, this Prime Minister, if you support, will not tolerate this nonsense!”

Tempelak Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam ceramah Grand Finale Kita Selangor di Hulu Kelang semalam, berhubung isu tunggang agama yang dilakukan sesetengah pihak.

Ujar beliau, negara ini mesti selamat dan menyantuni semua lapisan rakyat.

BACA JUGA: Akta Anti Homoseksual: Bank Dunia Tahan Pinjaman Uganda

BACA JUGA: Hakisan Pantai Semakin Dekat, Peniaga Risau Tenggelam

BACA JUGA: Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais Dilantik Ketua Hal Ehwal Agama Dua Masjid Suci

“Ya, Islam agama Persekutuan. Ya, kita tingkatkan fahaman Islam. Kita tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan mantapkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dan bahasa ilmu. Kita jamin hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Kita muliakan, pertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.”

“Tetapi dengar sini baik-baik, jangan kita hina mana-mana anak Malaysia dari mana-mana kaum!” tegas Anwar.

Turut hadir dalam himpunan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: