NGO

Orang Islam Rugi Kerana Jadikan Parti Politik Sebagai Agama Baru! – UEF

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 18 April 2022 – “Sudah puluhan tahun orang Melayu, orang Islam di Malaysia menjadi lemah dan rugi kerana menjadikan parti politik sebagai agama baru,” kata Ustaz Engku Ahmad Fadzil dalam Konvensyen Ulama & Da’i PEMBELA ISLAM baru-baru ini.

Tegasnya, ketika Nabi Muhammad S.A.W. ditanya apa itu asabiyah? Baginda menjawab, asabiyah yang terkeji adalah seseorang itu menolong saudaranya melakukan kezaliman.

BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau

BACA: Dunia Bakal Kebuluran Harga Barang Melambung

BACA: Daging Naik Harga Sempena Ramadan

“Bukakan mata, lapangkan dada, ikhlaskan niat. Tidakkah itu berlaku pada parti-parti politik. Apa yang parti lakukan, ia halal. Yang haram itu dilakukan oleh parti orang lain.”

Kata beliau yang juga merupakan seorang pendakwah bebas itu lagi, yang sepatutnya, umat Islam wajib bersatu membentuk arus politik yang betul, kerana arus politik yang betul ini merupakan tujuan tanpa menjadi hamba kepada parti-parti politik yang sebenarnya sekadar wasilah.

Justeru, beliau berharap agar PEMBELA dan juga NGO-NGO yang lain boleh menjadi ejen penyatuan rentas parti.

“Kerana persamaan kita tak boleh diikat dengan parti. Pemimpin parti pun lompat buka parti baru, yang kita orang bawah ni taksub kenapa? Ikatan kita adalah ikatan akidah untuk mencorakkan arus politik patuh Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: