Tempatan

OPR Naik : Bank Negara Dibiaya Rakyat, Beri Sengsara Pada Rakyat – Hezri Sardi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pada 3 Mei, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara menaikkan kadar faedah pinjaman negara (OPR) kepada 3%. Sila rujuk “Monetary Policy Statement” di laman sesawang rasmi Bank Negara bertarikh 3 Mei 2023.

Kita tahu kenaikan OPR menyebabkan hutang kepada bank menjadi lebih mahal. Maknanya, kesan buruk kepada rakyat. (Walaupun mereka mendakwa kononnya kesan baik akan menyusul selepas kesan buruk)

Oleh sebab Bank Negara, suatu institusi yang gaji mereka dibayar oleh rakyat, tapi memberi kesan buruk kepada rakyat, rakyat berhak tahu SEBAB kenapa Bank Negara naikkan OPR!

Dalam kenyataan di laman Bank Negara tadi, ada ditulis pasal “Kenapa Bank Negara naikkan OPR”. Rakyat nak tahu apa sebab secara khusus OPR naik.

Ini daripada laman web rasmi itu:

“The global economy continues to be driven by resilient domestic demand supported by strong labour market conditions, and a stronger-than-expected rebound of China’s economy. Nevertheless, the global economy continues to be weighed down by elevated cost pressures and higher interest rates.”

Dia kata ekonomi dunia terus dibebani kos yang melambung dan kadar faedah yang lebih tinggi. OK. Apa maksud dia? Adakah ekonomi dunia semakin ‘baik’ atau ‘buruk’? Kalau ‘buruk’, apa kaitan dengan ekonomi Malaysia? Ini tidak dijelaskan.

“Headline inflation continued to moderate, but core inflation has persisted above historical averages. For most central banks, the monetary policy stance is likely to remain tight.”

Dia kata inflasi sudah lebih tinggi daripada biasa. Maknanya, kos sara hidup dah melambung. Tapi dia tak jelaskan apa kaitan antara Bank Negara dengan inflasi. Dia juga kata dasar Monetari bank pusat di negara-negara lain semakin ketat. Setahu saya, dasar Monetari bukan terhad kepada kadar faedah saja. Misalnya, Bank Negara boleh kawal kadar rizab bank swasta, boleh jual beli sekuriti kerajaan, kadar diskaun antara Bank Negara dengan bank swasta, Quantitative easing, credit easing, pemberian pinjaman bersasar mengikut industri, atau jual beli matawang.

Kenapa Bank Negara tak cakap kadar faedah negara lain menaik? Kenapa kata dasar Monetari negara lain semakin ketat? Dasar yang mana satu ?

“For the Malaysian economy, latest developments point towards further expansion in economic activity in the first quarter of 2023 after the strong performance in 2022………Household spending remains resilient, underpinned by better labour market conditions as unemployment continues to decline to pre-pandemic levels………..Domestic financial conditions also remain conducive to financial intermediation, with no signs of excessive tightening affecting consumption and investment activities. Risks to the domestic growth outlook are relatively balanced.”

Dia kata ekonomi Malaysia semakin baik. Perenggan awal tadi, dia kata ekonomi dunia semakin buruk, tapi dia kata ekonomi Malaysia pula semakin baik. Dia kata ada tekanan kos tinggi dalam ekonomi dunia tapi tekanan kos sara hidup tidak disebut pula dalam ekonomi Malaysia. Tak dapat buat padanan logik kerana premis atau sifat dalam ekonomi dunia dalam karangan tadi tiada dalam penerangan pasal ekonomi negara.

“As expected, headline inflation trended lower in recent months on account of moderating cost factors. Both headline and core inflation are expected to moderate over the course of 2023, averaging between 2.8% – 3.8%.”

Dia nak kata inflasi dalam negara terkawal.

“downside risks stem from weaker than expected global growth and more volatile global financial market conditions.”

Dia tiba-tiba kata kejatuhan ekonomi dunia akan beri kesan buruk kepada ekonomi negara.

“With the domestic growth prospects remaining resilient, the MPC judges that it is timely to further normalise the degree of monetary accommodation.”

Ini bercanggah dengan kenyataan perenggan sebelumnya. Sebelum itu, kata ekonomi dunia berisiko beri kesan buruk kepada ekonomi negara tetapi sekarang kata ekonomi negara baik tiada apa-apa.

“At the current level, the monetary policy stance is slightly accommodative and remains supportive of the economy.”

Aik, dia kata dasar Monetari sekarang dah cantik. Kalau dah cantik, kenapa ubah? Kenapa naikkan OPR?

“The MPC will continue to ensure that the monetary policy stance remains consistent with the outlook of domestic inflation and growth.”

Di sini, Bank Negara kata seolah-oleh ada satu standard untuk OPR. Kalau inflasi sebegini, OPR mesti jadi macam ni. Kalau pertumbuhan KDNK macam itu, OPR mesti diubah. Kalau standard macam itu wujud, kenapa tidak terus paparkan di laman Bank Negara?

Misalnya, kadar OPR mesti jadi 2.5 kalau inflasi dan GDP banyak ini. Kadar OPR mesti jadi 3 kalau inflasi dan GDP banyak itu. Sebab dia cakap, seolah perubahan OPR ini berstruktur secara standard.

Pendek kata, keputusan turun atau naik OPR tidak telus. Penerangan penuh jargon dan bahasa orang puteh yang mumbo-jumbo. Tiada hubungan yang logik antara premis premis.

Ia menggambarkan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara (MPC) berfikir secara tidak saintifik dan membuat keputusan secara rambang dan “play it by ear”.

Keputusan tak logik, tidak saintifik dan “play it by ear” oleh Bank Negara tadi cuba disorokkan melalui satu karangan penglipur lara yang berjela-jela dan ayat macam bagus.

Kalau keputusan mahkamah pun orang boleh persoalkan, apatah lagi Bank Negara. Mahkamah memang lebih tinggi daripada demokrasi. Tapi kalau kita tengok mutu keputusan OPR tadi, amat tidak layak meletakkan Bank Negara setaraf dengan institusi mahkamah. Mahkamah dan hakim masih boleh terangkan dengan jelas keputusan mereka tapi Bank Negara gagal menerangkan keputusan keputusan mereka.

Hezri Sardi

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: