Antarabangsa

Operasi Tidak Akan Berhenti Sehingga Semua Mangsa Diselamatkan – Erdogan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 16 Februari 2023 – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa operasi menyelamat mangsa gempa bumi Turkiye-Syria tidak akan berhenti sehingga semua orang berjaya diselamatkan.

Lapor portal Timur Tengah, dalam sebuah taklimat di Pusat Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) di Ankara, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan di kawasan gempa sehingga mangsa terakhir yang masih hidup ditarik dari bawah runtuhan.

Selepas sebahagian Turkiye dan Syria dilanda gempa bumi kuat dan gegaran susulan baru-baru ini, angka kematian mencatatkan lebih 35,000 orang terkorban.

Ujar Erdogan, pihak berkuasa akan memperuntukkan 100,000 lira iaitu kira-kira RM23,429 kepada keluarga yang ditimpa tragedi tersebut dan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi akan bermula Mac ini.

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: Lebih 7 Juta Kanak-Kanak Terkesan

BACA JUGA: Tiba Masanya Teks Perlembagaan Guna BM, BI Tidak Serasi Dengan Budaya Malaysia – Lukman Sheriff

BACA JUGA: Menteri Umum Tiada Kemungkinan Pemansuhan & Penghapusan Hutang PTPTN Untuk B40

“Dalam beberapa bulan, pembinaan semua rumah yang jauh dari garisan sesar akan bermula,” kata presiden itu.

Erdogan mengeluarkan kenyataan demikian selepas beberapa media melaporkan kritikan terhadap kerajaannya yang tidak mempunyai anggota penyelamat dan bantuan yang mencukupi.

Bagaimanapun, beliau mengakui perkara tersebut dan berpendapat bahawa perkhidmatan kecemasan Turkiye gagal bertindak dengan pantas dan boleh melakukan lebih baik untuk menangani bencana.

“Banyak bangunan rosak sehinggakan kami tidak dapat mempercepatkan tindakan kami secepat yang kami mahukan.”

Tambah beliau, bukan itu sahaja, ribut musim sejuk juga menyukarkan perkhidmatan kecemasan mengakses jalan malah kebanyakan pekerja awam yang terlibat untuk operasi SAR turut berada di bawah runtuhan bangunan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: