Tempatan

Nga Kor Ming Gesa UMNO, DAP Perbanyakkan Dialog

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TELUK INTAN, 29 Januari 2023 – Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menggesa parti UMNO dan DAP untuk lebih banyak berdialog dalam kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan.

“DAP dan UMNO telah bersaing sesama sendiri selama lebih 60 tahun, tetapi akar umbi kedua-dua parti itu perlu bekerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan.”

BACA JUGA: PM Digesa ‘Bebaskan’ Tanggungjawab TPM, Sehingga Kes Rasuah Selesai

BACA JUGA: Hina Monarki, Lelaki Dipenjarakan 28 Tahun Di Thailand

BACA JUGA: Tragedi Kanjuruhan: Terdakwa Mengaku Arah Anak Buah Tembak Gas Pemedih Mata

“Ia tidak dapat dielakkan bahawa mereka mungkin berasa janggal. Itu fitrah manusia,” ujarnya menurut laporan sebuah portal tempatan.

Atas dasar itu, Nga Kor Ming meminta parti UMNO untuk bersikap sederhana demi kecemerlangan Malaysia.

“Kami berharap melalui Kerajaan Perpaduan, UMNO dapat bergerak ke arah kesederhanaan. Gabungan kedua-dua kekuatan (UMNO dan DAP) akan menjadi titik tolak kepada Malaysia yang cemerlang.”

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerjasama antara UMNO dengan DAP bagi membentuk Kerajaan Perpaduan bukan sesuatu yang mudah.

Menurut beliau, ia menjadi igauan bagi setiap ahli UMNO untuk menerima DAP sebagai teman. Namun, UMNO tidak sesekali akan tunduk atau akur pada apa-apa tuntutan yang akan menjejaskan kedudukan Islam, Melayu-Bumiputera dan institusi Raja-Raja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: