Tempatan

Negara Barat Digesa Betulkan Naratif Konflik Gaza Bermula 1948, Bukan 7 Oktober

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2024 – Negara barat perlu memperbetul naratif bahawa pergolakan di Palestin telah berlaku sejak 1948, dan bukannya akibat serangan pasukan pejuang Palestin, Hamas pada 7 Oktober lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sekali gus menegaskan bahawa negara barat tidak perlu mengajar dunia Islam mengenai makna demokrasi, hak asasi dan kemampanan pembangunan.

Dalam pada itu, negara barat juga perlu menghentikan usaha mengawal media antarabangsa semata-mata kerana ingin mengetengahkan naratif ‘palsu’ berhubung peperangan di wilayah Gaza ketika ini.

Tegas beliau ketika merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini, “Kita perlu jelas dan tidak boleh ditentukan negara barat yang mahu memulakan naratif (serangan berterusan di Palestin bermula sejak tindakan ketenteraan Hamas) pada 7 Oktober lalu.”

“Pemusnahan berterusan (di Palestin) berlaku sejak 1948, diikuti pencerobohan langsung ke Masjid al-Aqsa pada 1969. Malah, kini pemusnahan berterusan, sama ada infrastruktur atau manusia serta genosid. Ini yang berlaku.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: