Tempatan

Negara Akan Dilanda Kerosakan Moral & Krisis Kesihatan Jika Tidak Banteras Budaya LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – Negara akan dilanda kerosakan moral, malah juga krisis kesihatan akan berada di luar kawalan jika permasalahan lesbian, gay, bisexual, transgender and queer (LGBTQ) tidak dibanteras, demikian kenyataan Ketua Armada Bersatu Malaysia, YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Menurut beliau, berdasarkan laporan “Global AIDS Monitoring 2022” oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang jelas menyatakan bahawa budaya seks sejenis menjadi punca utama penularan HIV, maka Malaysia perlu bertegas dalam isu ini dengan kembali kepada norma agama dan bangsa yang menolak fahaman sekularisme dalam beragama, kehidupan dan akhlak.

Wan Ahmad Fayhsal juga menyeru supaya Malaysia mengambil langkah yang lebih proaktif dalam melindungi keluarga nukleus dengan mencontohi negara-negara lain dalam isu membanteras masalah LGBT yang kini semakin membiak.

“Parlimen Russia (Duma) dalam meluluskan pindaan terhadap undang-undang propaganda anti LGBTQ dan tindakan Parlimen Indonesia yang mengemaskini kod kriminal negara Indonesia yang menjadikan hubungan seksual tanpa ikatan perkahwinan sebagai suatu tindakan jenayah.”

Menurut beliau, undang-undang anti LGBTQ Russia itu bukan sahaja memfokuskan kepada membendung penyebaran budaya LGBTQ dalam kalangan kanak-kanak, malah sekali gus pindaan terbaru tersebut turut merangkumi pencegahan terhadap golongan dewasa.

Manakala, di Indonesia pula, menurut jurucakap pasukan perhubungan rang undang-undang kanun jenayah Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Encik Albert Aries, kemaskini undang-undang tersebut adalah untuk melindungi institusi perkahwinan, jelas Wan Ahmad Fayhsal.

Tuntasnya, pihak ARMADA percaya sudah sampai masa untuk Malaysia mengambil langkah yang sama, lebih-lebih lagi selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan data yang menunjukkan peningkatan jumlah golongan gay meningkat hampir 100% iaitu seramai 310,000 individu pada tahun ini daripada 173,000 individu lima tahun lalu dan ia menjadi antara penyumbang utama kes perceraian di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: