Antarabangsa

Negara Afrika Barat Setuju Tubuhkan Grup Ketenteraan Pantau Keselamatan & Kedaulatan Serantau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

AFRIKA BARAT, 06 Disember 2022 – Para pemimpin Afrika Barat telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah kuasa benua dalam menjaga keselamatan di rantau tersebut, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi pada Ahad lalu.

Pertubuhan tersebut adalah bertujuan bagi menangani masalah berkaitan ekstremisme dan hal-hal berkaitan rampasan kuasa. Presiden Suruhanjaya Economic Community of West African States (ECOWAS), Omar Alieu Tourey telah menyatakan;

“Para pemimpin bagi Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat telah membuat keputusan untuk bertindak bagi “memelihara keselamatan kami di rantau ini”. Beliau turut membuat ulasan mengenai penubuhan organisasi tersebut dengan menyatakan bahawa,

“Para pemimpin tersebut nekad untuk menubuhkan suatu pasukan bersama yang bertaraf benua yang akan berperanan ketika diperlukan, samada dalam hal-hal keselamatan, terrorisme dan hal berkaitan pengembalian kuasa perlembagaan bagi negara-negara ahli”.

Beberapa negara di rantau tersebut sedang berhadapan dengan masalah pengembangan ideologi pelampau, termasuklah Mali, Burkina Faso, Niger dan membawa kepada sekitar Teluk Guinea.

Namun keputusan untuk menubuhkan pasukan tersebut, menurut Omar, mungkin “akan merubah struktur susunan keselamatan” di rantau itu.

Tindakan seterusnya dalam penubuhan pasukan tersebut akan ditimbang tara oleh para ketua-ketua keselamatan negara-negara terlibat pada suku kedua tahun hadapan. Manakala hal berkenaan kewangan dan perbelanjaan bagi pasukan tersebut turut akan ditentukan kelak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: