Tempatan

Naratif Perlekeh ‘Melayu Mundur Negeri PN’ Bakal Rugikan PH – Pakar Komunikasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2023 – “Trend menyalahkan orang Melayu kerana membuat “pilihan politik yang salah” adalah merbahaya dan akhirnya akan menghentam PH kembali,” kata pakar komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Profesor Madya Dr Shafizan Binti Mohamed.

Jelasnya dalam sebuah portal tempatan, kecenderungan golongan cybertrooper (tentera siber) yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan (PH) untuk memperlekehkan negeri majoriti Melayu seperti Kedah dan Kelantan, lebih-lebih lagi apabila kempen di media sosial semakin rancak menjelang Pilihan Raya Negeri bulan depan mungkin akan ‘memakan kembali’ gabungan itu.

BACA JUGA: Gagal Pertahan LGBTQ, Kumpulan NGO Liberal Desak Pesuruhjaya SUHAKAM Letak Jawatan

BACA JUGA: Terperangkap Dalam Hujan Lebat India: Rakyat Malaysia Akan Dibawa Pulang Hari Ini

BACA JUGA: Malaysia Catat 26.8 Juta Pengguna Media Sosial Setakat Januari 2023, YouTube Paling Tinggi

“Kedua-dua Kedah dan Kelantan berada di bawah pemerintahan Perikatan Nasional. Keadaan ekonomi dan kekurangan kemudahan awam mereka sering menjadi bahan jenaka,” kata Profesor Madya Dr Shafizan.

Menurut beliau, mereka dari kem PH cenderung menampilkan diri mereka sebagai golongan intelektual dan berfakta.

“Kadang-kadang mereka menunjukkan diri mereka lebih hebat dari segi intelek dan moral kerana bercakap tentang rasuah. Cytro PH, cara mereka menulis merendahkan kehendak politik Melayu, dan mereka selalu mengaitkan (masalah) dengan orang Melayu.”

Senada dengannya adalah Abd Aziz Aizam, seorang lagi pakar komunikasi dari UiTM. Ujarnya, cubaan cybertrooper untuk menggambarkan kumpulan mereka sebagai yang terbaik dengan berinteraksi secara positif antara satu sama lain juga akan mengganggu persepsi sebenar mereka.

Cybertroopers boleh menjadi agak toksik dalam operasi mereka. Strategi mereka menyerang pihak lawan melalui ugutan, cemuhan, fitnah dan berita palsu sebenarnya akan mendorong pengundi berpotensi lebih jauh,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: