Antarabangsa

“Nanti Minta Kondom Pula” – Pelajar Remaja Minta Tuala Wanita Ditempelak Wakil Kerajaan India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 01 Oktober 2022 – Kaur Bamhrah, seorang wakil kerajaan India, diselar susulan sindiran ke atas seorang pelajar wanita yang meminta supaya kerajaan India membekalkan bantuan tuala wanita kepada pelajar di sana.

“Nanti kamu akan anggap pula yang kerajaan perlu berikan kamu langkah perancangan keluarga dan kondom,” ujarnya, menurut sebuah laporan.

“Esok kamu akan kata kerajaan perlu berikan jeans pula. Dan mungkin juga boleh tambah beberapa pasang kasut yang cantik selepas itu,” tambahnya lagi.

Dia kemudiannya mempertikaikan “cara pemikiran” yang dikatakan bersifat meminta-minta dan menyuruh kanak-kanak tersebut untuk “lakukannya sendiri”.

“Kenapa anda merasakan perlu untuk dapatkan semua benda secara percuma? Cara pemikiran ini perlu diubah, buat sendiri,” tegasnya.

Namun, pelajar tersebut terus membidas kenyataan Kaur tersebut dengan menyatakan bahawa kerajaan perlu membekalkan rakyat dengan beberapa kemudahan.

“Jangan mengundi, kalau begitu. Ini puncak keb*dohan! Pergi mengundi di Pakistan. Kamu mengundi untuk dapatkan wang atau kemudahan,” balas Kaur pula.

Pelajar tersebut tidak berdiam diri dan membalas “Saya warganegara India, kenapa saya perlu berbuat begitu?”

Kaur, yang merupakan seorang anggota Kementerian Wanita dan Kebajikan Kanak-Kanak India kemudiannya mendapat kecaman awam yang menganggap kenyataannya tersebut sebagai biadap dan tidak sensitif.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: