Nama Suci Allah Adalah Teras Kedaulatan Tertinggi Negara Malaysia – Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa
KUALA LUMPUR, 24 Mei 2023 – “Perkara 32 dan Perkara 37(1) Perlembagaan menjulang lafaz wallahi wabillahi watallahi atau sumpah rabbani yang meletakkan prinsip Tauhid sebagai Sovereignty of Allah di negara ini. Tanpa lafaz sumpah rabbani ini pemerintahan negara ini tidak sah!”
“Ikatan negara kepada Allah adalah menerusi the supreme law of federation dan dilafazkan oleh the supreme head of the federation,” tegas bekas Peguam Kanan Persekutuan, Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa.
Justeru, arahan Menteri Dalam Negeri 1986 untuk menjaga kesucian nama Allah bukan sekadar arahan biasa. Ia adalah arahan executive yang selaras dengan akujanji kepada Allah oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi pihak negara untuk memelihara agama Islam. Maka, arahan itu juga wajib dihormati oleh semua rakyat termasuk Jill Ireland.
Mengulas lanjut Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa berkata, cara penggunaan nama suci Allah secara trinity adalah melanggar prinsip memelihara agama Islam. Oleh itu, amatlah wajar Arahan 1986 dibuat dan dikuatkuasakan.
Tambah beliau, jika Hakim memutuskan pematuhan kepada sumpah rabbani ini sebagai melanggar hak kebebasan beragama, ia boleh mengakibatkan Hakim itu sendiri juga tidak taat setia kepada YDPA atau Disaffection against YDPA.
Maka sudah tentu, Para hakim, pengamal undang perlu meneliti secara mendalam kesan sumpah rabbani yang wajib dilafazkan oleh Baginda YDPA. Memelihara kesucian Agama Islam sebagai agama negara juga mesti dilaksanakan berteraskan sumpah rabbani dan Bai’ah hifzuddeen di bawah Perkara 37 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Kenyataan ini juga adalah kenyataan saya yang serupa semasa RTD Semarak Patriotisme Rukun Negara anjuran Pejabat Exco Agama Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman pada 16 Mei 2023 yang lalu,” katanya.
Justeru, mana-mana pihak termasuk ajaran sesat di kalangan orang Islam tidak boleh salah guna nama suci Allah secara syirik.
Bahkan, nama suci Allah hanya boleh digunakan secara ajaran Islam iaitu mentauhidkan Allah. Unsur penyembahan secara syirik adalah penyalahgunaan dan tidak boleh dibenarkan oleh Kerajaan YDPA.
Jelas beliau, banyak aspek kekhilafan oleh Hakim Mahkamah Tinggi itu yang perlu dirayu. Cubaan untuk membezakan arahan 1986 dengan penyalahgunaan nama suci Allah adalah sekadar suatu permainan silap mata yang akibatnya adalah tidak setia kepada Sumpah Rabbani.
Apa yang pasti, mereka bukan nak guna nama Allah, sebaliknya mereka salah guna nama Allah dengan cara syirik. Sedangkan, YDPA bersumpah dengan nama suci Allah untuk memelihara agama Islam, Agama Tauhid.
Soalnya sekarang, adakah Kerajaan PHBN ini melanggar sumpah YDPA?
“Ingat disaffection vs YDPA is an offence! Hakim pun tak boleh tak taat setia kepada sumpah YDPA,” tegasnya.