Musytari Hampiri Bumi September Ini Selepas 70 Tahun
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
WASHINGTON D.C, 21 September 2022 – Selepas 70 tahun, planet Musytari yang merupakan planet terbesar dalam sistem suria kita bakal menghampiri bumi buat kali pertama dengan jarak paling dekat kira-kira 587 juta kilometer pada Isnin hadapan, 26 September 2022.
Kenyataan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu dilaporkan sebuah portal baru-baru ini serta memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan fenomena indah yang jarang sekali berlaku itu sepanjang malam pada tarikh berkenaan.
“Fenomena ‘pertentangan’ itu berlaku dari sudut pandangan Bumi apabila objek angkasa berada di bahagian timur dan Matahari terbenam di Barat. Ia akan meletakkan Matahari dan objek tersebut pada kedudukan yang benar-benar bertentangan antara satu sama lain.”
“Pertentangan Musytari berlaku dalam tempoh setiap 13 bulan, namun pada 26 September ini, planet tersebut akan kelihatan lebih terang dan besar berbanding biasa,” menurut laporan sama.
Pakar Astrofizik Penyelidikan Pusat Penerbangan Angkasa Marshall NASA, Adam Kobelski mengatakan, jika seseorang itu memilik teropong yang baik maka, individu itu akan mengesan jalur tengah planet tersebut dan juga sebahagian dari keseluruhan Bulan.
Walau bagaimanapun, teleskop 4-inci atau lebih besar diperlukan untuk mengesan Bintik Merah Besar planet dan jaluran dengan lebih terperinci.
“Pandangan itu sepatutnya bagus untuk beberapa hari sebelum dan selepas 26 September. Jadi, manfaatkan cuaca baik pada kedua-dua tarikh ini untuk melihat fenomena tersebut,” kata Adam Kobelski dalam satu kenyataan rasmi.