Mustahil Muslim Jadi Perdana Menteri– Menteri BJP India
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GADAG, 01 November 2022 – Pemimpin BJP, merangkap Menteri Pertanian di Karnataka, B.C. Patil mencetuskan perbalahan apabila mengeluarkan sentimen keagamaan yang menolak kemungkinan pemimpin Islam menjadi Perdana Menteri di negara itu.
“Ia adalah idea gila bahawa India harus mempunyai Perdana Menteri yang beragama Islam,” katanya ketika ditanya oleh pemberita.
“Ini adalah ‘Bharat’. Adalah mustahil bagi seorang Muslim untuk menjadi Perdana Menteri di sini.”
Apabila disoal sekali lagi oleh pemberita, Patil menegaskan bahawa perkara itu tidak mungkin terjadi.
“Ini adalah Bharat,” tegasnya.
Perbincangan mengenai sama ada India perlu mempunyai Perdana Menteri yang beragama Islam menjadi hangat sejak kebelakangan ini apabila Rishi Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom.
If a Hindu can be the Prime Minister of the UK, why a Muslim or Christian, or Dalit can’t become the Prime Minister of India?
— Ashok Swain (@ashoswai) October 24, 2022
So when will we be ready to accept ( and elect ) a Muslim Prime Minister of India ? #RishiSunakPM
— Arfa Khanum Sherwani (@khanumarfa) October 25, 2022
#RishiSunak is now the PM of United Kingdom, but
When will a Muslim be the Prime Minister of India?— Waris Pathan (@warispathan) October 26, 2022