Antarabangsa

Muslimah Nikah Hindu, Peguam Melayu ‘Mohon’ Tuhan Berkati USA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Januari 2023 – “Suami Hindu, isteri Muslim. Semoga tuhan berkati USA,” kata peguam berbangsa Melayu, Azira Aziz dalam Twitternya.

Dalam media sosialnya itu, Azira yang juga merupakan seorang aktivis turut melampirkan pautan dari Facebook menampilkan pasangan yang berkahwin tetapi memegang kepercayaan berbeza.

BACA JUGA: Berkahwin Di Luar Negara Elak Tukar Agama? – Siti Nur Zulaikha

BACA JUGA: Mahkamah Syariah Perlu Fokus Kahwin, Cerai & Pusaka, Bukan Awasi Kehidupan Orang – Siti Kasim

BACA JUGA: Mahkamah Daerah Benar Perkahwinan Berbeza Agama Elak Pasangan Bersekedudukan

Dalam video itu, si isteri, yang merupakan seorang Islam menyatakan pernah dibuang keluarga sebanyak dua kali kerana berkahwin dengan pasangan berlainan agama. Namun, keluarga Muslimah itu akhirnya menerima perkahwinan tersebut melalui proses yang didakwa wanita tersebut sebagai proses pemahaman.

Akta (303) Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 – Bahagian II – Perkahwinan, Seksyen 10 – Orang daripada agama lain, menggariskan:

(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.

(2) Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: