Tempatan

Mulut Bella Disumbat Cili, Tidak Diberi Minum Air Beberapa Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – Remaja perempuan sindrom down yang berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella, diberi makan cili padi serta tidak dibenarkan minum air selama beberapa hari oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Menurut keterangan saksi pendakwaan kelima yang juga penghuni rumah kebajikan tersebut, Yasmin Nahar Mahmood, dia dan seorang lagi penghuni rumah tersebut, Aida, mengira jumlah cili padi yang diberikan pada Bella dan ia adalah atas arahan daripada Siti Bainun sendiri untuk mengira jumlahnya secara spesifik.

BACA: Ramai Mengadu Sesak Nafas Selepas Booster

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Simptom Selepas Booster Mungkin Tanda Awal Pembentukan Darah Beku

Menjawab kepada soalan balas daripada peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf, Yasmin bersetuju bahawa cili padi itu telah diberikan kepada Bella beberapa kali seminggu.

Peguam itu turut mempersoalkan sekiranya mangsa mengalami sakit perut akibat memakan 80 cili jika mengikut perkiraan mangsa diberi makan empat kali seminggu.

“Katakan Bella didera empat bulan, kiranya 1,280 cili padi disumbat dalam mulut Bella,” soal peguam itu.

Yasmin ditanya adakah mulut Bella mengalami tanda melecet atau kemerah-merahan akibat daripada memakan cili tersebut, Yasmin berkata terdapat kesan merah dan cili padi itu namun dibuang mangsa.

Berkenaan isu Bella tidak diberi minum air, Bella tidak dibenarkan untuk minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar kata Siti Bainun.

Namun, saksi mengatakan bahawa Bella akan minum secara berselindung dan beliau juga memberi Bella minum secara berselindung.

“Siti Bainun juga arahkan saya pegang bahu Bella ketika berdiri dan menyuruh remaja itu untuk melutut dan diugut bagi air panas.”

“Bella juga ada dihentak kepala ke dinding, diejek dan diperbodohkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Bella turut diugut diberi air panas sekiranya tidak mendengar kata dan akan ditendang perut jika menjerit kuat ketika diberi suntikan picagari.

Semalam, Yasmin dalam keterangannya mengatakan bahawa Bella didera oleh Siti Bainun hampir setiap hari selama hampir empat bulan dan ia berlaku setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan terbabit sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Jika disabitkan kesalahan, Siti Bainun boleh didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: