Muhyiddin Dilantik Pengerusi MPN
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
PUTRAJAYA, 05 September 2021 – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.
“Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.
Pelantikan ini dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan bekas Perdana Menteri ke-8 itu.
Jemaah Menteri juga yakin beliau mampu menerajui strategi pemulihan negara dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
“Pihak Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md. Yasin di atas pelantikan ini.”