Tempatan

‘Mr. Murtad’ – MAIS Dedah Modus Operandi Gerakan Murtad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 26 September 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan modus operandi gerakan murtad menerusi akaun Mr. Murtad di laman media sosial Facebook baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, MAIS memaklumkan, akaun Facebook tersebut diuruskan oleh sebuah kumpulan yang memperjuangkan kebebasan beragama dan menyokong komuniti murtad iaitu Angkatan Murtaddin Malaysia (AMM).

Gerakan itu telah menjadi saluran kepada individu yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam, menghebahkan kepada masyarakat awam mengenai permintaan golongan murtad secara terbuka dan memburukkan Islam dengan idea kononnya wujud penindasan dalam kehidupan beragama.

“Mereka mencanangkan hak untuk meninggalkan Islam dan menerusi wadah media sosial, ideologi murtad diperjuangkan dalam Facebook melalui akaun bernama Mr. Murtad,” katanya.

Kumpulan AMM telah ditubuhkan pada tahun 2020 dan berpusat di ibu kota, berselindung di sebalik imej organisasi sosial bukan berasas keuntungan tempatan dan aktif melalui laman sosial.

Mengulas lanjut, MAIS memperingatkan umat Islam seluruh negara, khususnya di Selangor, agar tidak terpedaya dengan pelbagai kumpulan sesat yang cuba membangkitkan isu hak kebebasan beragama.

Lebih mengejutkan, kebelakangan ini isu berkaitan penghinaan terhadap agama Islam yang melibatkan bangsa Melayu Islam di Malaysia semakin meningkat.

Justeru itu, MAIS menyeru Kerajaan, perundangan, badan pendidikan dan institusi Islam memainkan peranan penting bagi membendung isu murtad ini dari terus berleluasa di seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: