Tempatan

Modul Hafazan Yayasan Pahang Jadi Panduan – KKDW

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 30 MAC 2023 – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang ingin mengembangkan modul hafazan di kalangan kanak-kanak menerusi Tadika KEMAS dengan kerjasama bersama Yayasan Pahang (YP).

“Kami ingin mengadakan kerjasama yang lebih rapat dengan Yayasan Pahang untuk kita mengembangkan modul ini di tabika-tabika kami di bawah KEMAS,” kata Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun sambil memuji modul pengajaran dan hafazan YP.

BACA JUGA: Kabinet Tidak ‘Approve’ Surat Tommy Thomas Kepada Waris Sulu

BACA JUGA: Peniaga Bas Boleh Naikkan Tambang 10 Peratus Musim Raya

BACA JUGA: Dakwaan Sembelih Ayam Tidak Ikut Syarak, JAIPk Lakukan Siasatan

Jelasnya, kementerian menetapkan satu jangka masa sehingga Jun nanti untuk melihat sama ada kerjasama ini dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi menyediakan satu modul yang baik.

Pihaknya akan memperincikan beberapa perkara terutama dari segi keupayaan tenaga pengajar.

Oleh itu ujarnya, satu perbincangan yang lebih teratur dan terperinci di antara pihak kementerian dan pihak YP akan diadakan dalam masa tempoh tersebut.

Tambah beliau, satu perjanjian persefahaman akan diadakan sebelum kerjasama mantap dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif YP, YH. Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi pada lawatan kerja beliau ke Yayasan Pahang dan Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) di KOTASAS, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah KEMAS, Encik Ahmad Kamal Idris Haji Mohd Nawawi, Pegawai Tugas-Tugas Khas KKDW, YH. Dato’ Tajul Razi Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Tuan Haji Zairuddin Mat Zuini dan Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (BPAK) KEMAS, Cik Anisah Saidin.

TTNP mempunyai sebanyak 21 cawangan dan seramai 702 pelajar berusia 4 hingga 6 tahun sepanjang 6 tahun beroperasi.

TTNP menyediakan pelbagai kemudahan asas yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak selain memperkenalkan modul pengajaran yang menitikberatkan hafazan al-Quran dan pendidikan akademik dalam kalangan anak-anak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: