Tempatan

MKI Tubuh 4 Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 16 September 2022 – Empat Jawatankuasa ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi memperkasa pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam negara ini.

Empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan; Jawatankuasa Muzakarah MKI; Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan dan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan yang akan diurusetia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penubuhan empat jawatankuasa itu bertujuan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan hal ehwal Islam negara ini terutamanya dalam perundangan Islam, pengurusan hal ehwal Islam, Pendidikan Islam serta penyelarasan fatwa.

Menurut Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, jawatankuasa-jawatankuasa itu ditubuhkan atas perkenan Majlis Raja-Raja untuk menggantikan Peraturan MKI yang diguna pakai sejak 1968 dengan Peraturan-Peraturan baharu bagi memperkukuh fungsi MKI.

Pada 10 Mac lalu, Majlis Raja-Raja berkenan agar MKI distruktur semula selaras dengan peredaran masa serta keperluan tadbir urus semasa, katanya.

“Peraturan MKI yang baharu ini telah memperuntukkan kuasa MKI bagi menubuhkan apa-apa jawatankuasa dengan perkenan Majlis Raja-Raja untuk menguruskan perkara-perkara yang berhubungan dengan fungsi MKI,” ujar beliau sewaktu majlis pengurniaan watikah pelantikan dan penghargaan ahli dilantik jawatankuasa di bawah MKI hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: