Tempatan

Menu Rahmah Sudah Lama Wujud Di Kelantan – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Pengerusi Pertubuhan Amal Sejagat Malaysia Cikgu Izzat Johari mendedahkan bahawa Menu Rahmah yang baru sahaja diperkenalkan itu telah lama wujud di Kelantan.

Tambah beliau, “Bila sampai di Kelantan, jangan kata menu Rahmah, menu PokMey, menu PokJusoh, menu MokTeh semua ada belako. Semuanya bawah RM4.00 sahaja, LAGI MUROH!”

BACA JUGA: Tular Kes Buang Al-Quran, Polis Buka Siasatan

BACA JUGA: Aktivis Mahu Pindaan Akta Pencemaran Lebih Berat

BACA JUGA: Kementerian Usaha Jadikan Tapak Arkeologi Sg Batu Tapak Warisan Dunia

Selain itu, menu yang boleh dikatakan adik beradik dengan Menu Rahmah kerana konsepnya hampir sama itu bukan baru tetapi sudah lama ada di negeri tersebut, kata Cikgu Izzat.

“Cuma ada segelintir di kalangan peniaga yang mahu pergi haji balik hari, itu yang harganya melampau malah tidak masuk akal. Ini realiti.”

Meninjau respon pelanggan mengenai Menu Rahmah, ada yang mengatakan walaupun ianya murah namun program ini masih memerlukan kos yang tinggi jika seluruh isi rumah ingin menjamu selera.

Oleh itu, ujarnya selain inisiatif program Menu Rahmah, Kerajaan juga perlu menurunkan harga barangan untuk mengurangkan beban rakyat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: