Tempatan

Menu Rahmah Akan Disediakan Di Bazar Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 12 Februari 2023 – Menu Rahmah dijangka akan diperkenalkan di lebih 100 bazar Ramadan di lima daerah sekitar Pulau Pinang ketika bulan Ramadan nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain berkata inisiatif itu dijalankan bagi membantu meringankan beban orang ramai terutama golongan B40.

“Kerajaan Pulau Pinang memang menggalakkan peniaga mengadakan Menu Rahmah bagi membantu pembeli yang berpendapatan rendah. Oleh demikian, kita akan melancarkan Penang Souq Ramadan 2023 yang mana, Menu Rahmah ini juga terkandung di dalamnya.”

BACA JUGA: Kerajaan Perkenal Semula PEMUDAH, Lebih Mesra Perniagaan

BACA JUGA: Ekonomi Malaysia Naik 8.7% Tertinggi Sepanjang 22 Tahun

BACA JUGA: Amaran Hujan Berterusan Di Negeri Sarawak 4 Hari Berturut-Turut Bermula Ahad Ini

Menurutnya, setakat ini, kerajaan Negeri mendapat maklum balas positif daripada peniaga berhubung usaha tersebut namun belum mempunyai jumlah sebenar kios yang akan melaksanakan menu tersebut.

“Kita masih belum mendapat jumlah sebenar para peniaga yang akan menyediakan Menu Rahmah di kios masing-masing ketika bazar Ramadan nanti.”

“Namun, kebanyakan mereka memberi maklum balas dapat menyediakan Menu Rahmah itu sepanjang bazar Ramadan Ramadan berlangsung dan mungkin menu berkenaan akan diletakkan di kios khas di bazar nanti.”

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Industry 4.0 Technology Adoption in Malaysia Manufacturing: Strategies for Enhancing Competitiveness di Hotel Wembley St Giles pada Jumaat lalu.

Selain itu, Halim turut menggalakkan para peniaga restoran Cina dan India untuk turut serta memperkenalkan Menu Rahmah di kedai dan restoran masing-masing.

“Dulu kita ada istilah menu ekonomi, sekarang kita galakkan peniaga-peniaga tanpa mengira kaum untuk memperkenalkan Menu Rahmah pada harga RM5 di kedai serta restoran mereka,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: