Menteri Selar AKSB Lemah Uruskan Masalah Air Kelantan
MACHANG, 12 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan peruntukan yang banyak tidak akan menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan jika selagi tadbir urus dalam Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) tidak diperbetulkan.
Nik Nazmi dalam satu kenyataan mengulang semula jawapan lisan daripada mantan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengiyakan kelemahan tadbir urus AKBS.
BACA JUGA: Malaysia Kutuk Sekerasnya Serangan Rejim Haram Aparteid Terhadap Rakyat Palestin
BACA JUGA: Permohonan Murtadkan Anak-Anak Loh Siew Hong Gagal
BACA JUGA: Empangan Malaysia Hanya Mampu Bertahan Kurang 4 Bulan
“Saya mengingatkan mereka tentang jawapan Menteri Alam Sekitar dan Air ketika itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika saya bertanya di Parlimen tentang punca masalah bekalan air di Kelantan pada 2022: …masalah utama bekalan air di Kelantan bertitik-tolak daripada kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan AKSB yang tidak mampan,” tulisnya.
Justeru katanya, menyalurkan wang semata-mata tanpa mereformasikan tadbir urus AKSB tidak akan selesaikan isu air Kelantan.
Namun begitu, Nik Nazmi memaklumkan Kerajaan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan negeri bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
“Kami di Kerajaan Pusat memberikan komitmen untuk membantu Kerajaan Negeri selesaikan isu air, tapi mereka harus tunjukkan komitmen selesaikan isu tadbir urus,” tegasnya.
Sebelum ini, media melaporkan keluhan rakyat Kelantan yang berdepan masalah air sehingga terpaksa menggali telaga untuk mendapatkan bekalan air.
Menurut rakyat setempat, bekalan air AKSB sering terputus sejak 10 tahun yang lalu.